BORANG PENDAFTARAN SEMULA EJEN LAMA HAYDA SCARF

PROSES PENDAFTARAN SEMULA EJEN LAMA HAYDA SCARF
1. 28/01/2018 3.00 petang
Taklimat dan pendaftaran keahlian Ejen Hayda Scarf
2. 29/01/2018 5.00 petang
Tarikh tutup untuk pendaftaran borang keahlian Ejen dan tunggu sehingga anda mendapat mesej pengesahan daripada HQ
3. 01/02/2018 8.00 malam
Senarai nama lengkap untuk Ejen akan dikeluarkan.
Setiap ejen yang berdaftar dengan HQ akan diberi ID EJEN dan perlu menggunakan ID tersebut untuk membuat pembelian di bizapp.
Bagi ejen yang berdaftar 'under agent', anda hendaklah mengisi borang dengan menyatakan anda berdaftar di bawah LEADER anda. Anda perlu meletakkan simbol ( ) di tepi nama anda dan meletakkan nama leader di dalam simbol bracket tersebut. Anda hendaklah mengisi borang dibawah dengan teliti supaya pendaftaran anda tidak ditolak.
4. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat daripada anda atau anda tidak menepati syarat yang telah ditetapkan oleh HQ di awal pendaftaran sebelum ini, maka pihak HQ berhak untuk 'terminate' anda daripada menjadi EJEN HAYDA SCARF.
5. Yuran komitmen yang telah dibayar pada awal pendaftaran sebelum ini tidak akan dikembalikan sekiranya anda melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.
Untuk mendaftar semula ejen lama untuk mendapatkan ID EJEN sebagai Ejen Tudung, Ejen Inner Bungkus atau Ejen Kedua-kedua di bawah HQ HAYDA SCARF.
Anda perlu :
- Mengisi borang pendaftaran keahlian Ejen Hayda Scarf dengan melengkapkan semua maklumat yang diperlukan oleh HQ.
- Anda dikehendaki mengisi borang permohonan ini mengikut butiran pembelian yang tertera di bawah. Pastikan anda hanya membuat satu butiran pembelian sahaja.
- Maklumat yang diberikan haruslah sahih dan benar untuk mengelakkan sebarang penolakan permohonan.
- Tunggu sehingga anda mendapat mesej pengesahan daripada HQ.
- Sedia memberi komitmen kepada team HQ supaya pihak kami boleh bantu anda untuk buat jualan sehingga 10k sebulan.
- Bersetuju dan faham segala terma dan syarat perjanjian Ejen Tudung HAYDA SCARF.
- Bersetuju dan faham bahawa yuran komitmen tidak akan dikembalikan sekiranya anda tidak dapat meneruskan pada masa hadapan atau anda terpaksa dibuang sekiranya melakukan kesalahan melanggar syarat-syarat dan perjanjian ejen.
Terima kasih,
Admin Executive cum Personal Assistant
Hayda Scarf